Sasaran jualan daripada RM100,000 pada tahun 2014, dan pada tahun ini RM120 juta. Saya bangga dengan HasNuri kerana ia adalah syarikat usahawan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.
Semalam saya ke Pasir Gudang, Johor bersama-sama pihak pengurusan USIM untuk melihat sendiri usaha mereka yang amat membanggakan. Saya yakin mereka boleh terbang lebih tinggi selepas ini.
Bagi yang ingin mendapatkan baju kurung dengan kualiti terbaik, boleh dapatkan jenama Hasnuri. Semua alumni USIM sudah pasti wajib beri sokongan.