Kunjungan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Saya amat gembira dapat mempertemukan TYT Mohamed Abdelsalam, Ketua Setiausaha Majlis Hukama Muslimin dengan para pemimpin negara. Alhamdulillah, semalam kami berkunjung ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi pertemuan dengan Menteri Kanan, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Kami bertukar-tukar pandangan tentang kepentingan memelihara keamanan dan perpaduan Malaysia melalui kepelbagaian agam dan kaum.

Majlis Hukama’ Muslimin di bawah kepimpinan Syeikhul Azhar akan terus menerajui usaha mempromosikan keamanan, toleransi antara agama, dan usaha memerangi terorisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *