Kunjungan ke Kuil Thean Hou

TYT Mohamed Abdelsalam menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke mana-mana Kuil Buddha bagi mengambil gambar setelah beliau mendapat tahu semalam masyarakat beragama Buddha di Malaysia menyambut Hari Wesak.

Saya berbesar hati membawa beliau singgah di Kuil Thean Hou yang diuruskan oleh Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan. Kami tidak memaklumkan apa-apa kepada pihak kuil kerana hanya ingin singgah sementara waktu.

Saya tidak menyangka kehadiran mengejut kami disambut oleh En. Ong Leong Ming dan ramai pengunjung beragama Buddha yang mengenali saya sebagai mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Semuanya meminta izin untuk bergambar kenangan.

Indahnya hidup di Malaysia, kita boleh saling hormat menghormati dan hidup aman harmoni walaupun berbeza agama dan bangsa. Moga Allah SWT terus memberkati Malaysia.

المستشار محمد عبدالسلام

Leave a Reply

Your email address will not be published.