Kunjungan Mahabbah dan Konsultasi Projek Dakwah

Pada 9 Desember 2021, saya dikunjungi tokoh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun dan suami, Ustaz Tengku Fazli Tengku Yahya serta NGO Sahabat Amal Care. Beliau hadir bersama suami atas tujuan kunjungan mahabbah dan mendapatkan konsultasi berhubung projek dakwah yang sedang mereka laksanakan.

Saya amat kagum dengan semangat juang dan aspirasi dakwah yang mereka kemukakan. Tidak keterlaluan saya nyatakan, mereka adalah antara contoh pasangan dan keluarga mithali yang mewakafkan hidup mereka untuk dakwah Islam.

Semoga Allah SWT meredhai usaha dakwah yang dikerjakan, begitu juga memberkati keluarga ini dunia dan akhirat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *