Kunjungan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif WAMY Malaysia

Gastrodiplomacy adalah antara pilihan saya dalam pelbagai seni diplomasi terutamanya melibatkan wakil negara luar. Santai, tetapi hasilnya memberangsangkan.

Alhamdulillah, hari ini 9 Mei saya dikunjungi Ustaz Majed Badhawi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif WAMY Malaysia. Beliau menawarkan hasrat untuk bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM bagi pembangunan belia Muslim.

Kami bersepakat untuk menumpukan kerjasama dalam tiga perkara: (i) Tajaan biasiswa WAMY kepada mahasiswa USIM; tempatan dan antarabangsa, (ii) Program latihan pendakwah WAMY yang dikendalikan pakar daripada dalam dan luar negara, dan (iii) Merealisasikan penubuhan Kerusi Kajian Kepimpinan Belia Islam.

Saya telah minta beliau siapkan kertas kerjanya untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti akan datang. Terima kasih kepada saudara Jufitri Bin Joha sebagai pemudahcara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.