Kunjungan Pengerusi Lajnah Al-Irsyad Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP Dan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Pada 25 Januari 2022, saya menerima kunjungan Pengerusi Lajnah Al-Irsyad Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP, Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor dan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fauzi Bin Abidin bagi mendapatkan pandangan dan saranan saya berkenaan halatuju PMA-MAIWP.

PMA-MAIWP dan Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN) adalah jiwa saya. Kedua-dua institusi pendidikan ini ditubuhkan dengan pemikiran dan perancangan pendidikan yang saya usahakan bersama MAIWP sejak semasa saya masih bergelar Mufti Wilayah Persekutuan.

Mereka adalah pelajar yang menguasai turath, bahasa, dan juga akademik. Saya amat berbangga apabila bertemu anak-anak pelajar PMA-MAIWP di Mesir, Jordan, Maghribi, Madinah dan juga Universiti Awam di Malaysia. Kami turut berbincang tentang perancangan pendidikan pasca siswazah buat alumni PMA-MAIWP di negara Barat, kerjasama dengan Genius Insan, dan inisiatif fast-track ke Doktor Falsafah.

Alumni PMA-MAIWP dan MSN adalah barisan pelapis pemimpin masa hadapan. Malaysia perlu terus konsisten melahirkan pemimpin yang baik, demi sebuah negara yang diredhai-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *