Kunjungan Pertama Muslim Council of Elders – Malaysia bertemu Duta Besar Emiriah Arab Bersatu ke Malaysia

Memulakan kunjungan pertama Muslim Council of Elders – Malaysia bertemu TYT Khalid Ghanim Mohammed Alghaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu ke Malaysia. Turut bersama saya adalah TYT Mohamed Abdelsalam, Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin.

Saya menyampaikan ucapan takziah atas kemangkatan Presiden Emiriah Arab Bersatu, Yang Mulia Sheikh Khalifah bin Zayed Al Nahyan baru-baru ini. Dalam masa yang sama, ucapan tahniah turut dizahirkan atas pelantikan Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sebagai Presiden Emiriah Arab Bersatu yang baharu.

Melihat peluang yang luas dari sudut pendidikan, saya turut menjemput Duta Emiriah Arab Bersatu untuk berkunjung ke Universiti Sains Islam Malaysia – USIM bagi melihat sebarang bentuk kerjasama yang boleh diusahakan bagi manfaat bersama.

المستشار محمد عبدالسلام

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *