Kunjungan Prof. Madya Dr. Mohd. Rumaizuddin Ghazali

Semalam 9 Februari 2022, saya menerima kunjungan Prof. Madya Dr. Mohd. Rumaizuddin Ghazali, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang mana bidang kepakarannya adalah dakwah berorganisasi (organizational dakwah). Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

Beliau aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat serta penulis yang prolifik khususnya dalam bidang penulisan biografi ulama’.

Saya berbesar hati menerima buku beliau yang berjudul Biografi Agung Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Beliau turut memaklumkan bukunya yang terbaharu tentang biografi almarhum Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili sedang dalam proses semakan untuk diterbitkan.

Universiti Sains Islam Malaysia – USIM mempunyai ramai tokoh dalam kalangan pensyarah yang berpengaruh dan memberikan impak yang tinggi kepada pembangunan ummah. Mereka wajar dihargai dan dijadikan rujukan dalam bidang mereka.

Saya akan berkongsi secara berkala di media sosial berkenaan usaha dan sumbangan mereka kepada masyarakat, sebagai penghargaan kepada khidmat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *