Kunjungan Staf daripada Istana Negara dengan Beg Cenderamata Berwarna Kuning.

Pagi 25 April, saya menerima kunjungan staf daripada Istana Negara dengan Beg Cenderamata berwarna kuning.

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas derma kurnia dan ingatan kepada patik sempena Ramadhan al-Mubarak.

Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku dikurniakan kekuatan, keberkatan dan kemegahan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana dengan penuh ke’izzahan, kedaulatan dan kebesaran. Moga rahmat Allah SWT sentiasa memayungi dan bersama-sama KDYMM Tuanku dalam memakmurkan Negara yang tercinta ini.

Syahadan, doa yang penuh tulus jua dipanjatkan kepada-Nya agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta sekalian Putera-putera, Puteri-puteri dan Kerabat Diraja senantiasa dirahmati-Nya, dilanjutkan usia dalam ketaatan kepada-Nya dan sihat walafiat dalam keredhaan-Nya.

Ampun Tuanku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.