Kunjungan TYT Mohamed Abdelsalam, Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin Merangkap Wakil Kanan Syeikhul Azhar ke Pejabat Majlis Hukama’ Muslimin Cawangan Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

Saya berbesar hati menerima kunjungan TYT Mohamed Abdelsalam, Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin merangkap Wakil Kanan Syeikhul Azhar ke Pejabat Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau menzahirkan keterujaan melihat usaha yang telah dilaksanakan sejak mula penubuhannya pada Ogos 2021 sehingga hari ini. Saya turut mengambil kesempatan memperkenalkan tim Maktabah Al-Bakri yang berperanan sebagai hab soal jawab agama dan penjelasan salahfaham berkenaan Islam.

Majlis Hukama’ Muslimin – Malaysia sedia berkhidmat untuk menjadi wadah menyebarkan pemikiran Syeikhul Azhar al-Sharif terkait keamanan, toleransi antara agama, dan perpaduan umat Islam.

المستشار محمد عبدالسلام

Maktabah Al-Bakri

Muslim Council of Elders – Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *