Lawatan ke Hospital Bahagia

Hospital Bahagia bukanlah asing bagi saya. Sejak bergelar Mufti Wilayah Persekutuan, saya pernah ke sini untuk bertemu warga hospital termasuk pesakit mental di sini. Ia amat bermanfaat bagi kajian kefatwaan berkenaan kesihatan mental yang telah kami laksanakan sebelum ini.

Baru-baru ini saya menerima soalan daripada rakan media berhubung cadangan menyahjenayahkan (decriminalising) cubaan bunuh diri yang melibatkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Saya minta sedikit masa untuk penyelidikan yang lebih terperinci dan menyeluruh.

Isu kesihatan mental bukan lagi isu yang wajar kita pandang sebelah mata. Saban tahun, jumlah kes makin meningkat. Kempen kesedaran perlu diteruskan dengan lebih konsisten oleh semua pihak berwajib.

Terima kasih kepada warga Hospital Bahagia atas jemputan kepada saya. Kehadiran saya ke Hospital Bahagia pada kali ini adalah untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka dan menzahirkan kebersamaan saya dengan warga Hospital Bahagia dalam perjuangan mereka melawan stigma kesihatan mental.

#greenribbon #mentalhealthawareness #mentalhealthmatters #kesihatanmental #kesedarankesihatanmental #mentalhealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *