Liqa’ Qiyadi 2022

Pagi ini menerima jemputan anak-anak Majlis Perwakilan Pelajar USIM untuk Liqa’ Qiyadi 2022; program yang menghimpunkan semua badan kepimpinan pelajar USIM untuk pengisian bertemakan kepimpinan.

USIM adalah sebahagian daripada tamrin dan mukhayyam tarbawi untuk mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan 1001 pengalaman sebagai pedoman apabila berada di dalam masyarakat satu hari nanti. Saya kongsikan kisah teladan para salafussoleh yang menonjol dalam kepimpinan.

Ya, saya yakin anak-anak mahasiswa dan mahasiswi mungkin agak tertarik dengan penampilan saya hari ini. Sekali sekala untuk rai anak muda.

Universiti Sains Islam Malaysia – USIM #ootd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *