Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena 22 Tahun Penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Semalam 30 Jun 2022, saya telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin Perdana sempena 22 tahun penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

22 tahun adalah usia yang masih muda, namun saya berbangga kerana kematangan #KampusBarakah ini sudah terzahir. Kemampuannya sudah diiktiraf diperingkat nasional mahupun antarabangsa. USIM berada di landasan yang tepat untuk terus menyerlah di masa hadapan.

Doa saya semoga Universiti Awam Islam pertama milik penuh Kerajaan Malaysia ini terus mengorak langkah yang cemerlang dalam melahirkan generasi Muslim yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *