Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent)

Kunjungan TYT Mohamed Abdelsalam ke USIM semalam mencatat sejarah yang tersendiri apabila termeterainya Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) yang bakal menyaksikan pelbagai bentuk kerjasama antara Majlis Hukama’ Muslimin yang dipengerusikan oleh Syeikhul Azhar dan USIM khususnya bagi menerapkan dan mengimplementasi Dokumen Persaudaraan Insani (Document of Human Fraternity) serta pemikiran Al-Imam al-Akbar Syeikhul Azhar Dr. Ahmed el-Tayeb dalam pembangunan dan pembentukan mahasiswa USIM secara holistik.

Alhamdulilah, saya juga dimaklumkan Syeikhul Azhar amat teruja dengan perkembangan Kolej Genius Insan dan berhasrat untuk mengetahuinya lebih lanjut dalam masa terdekat.

Mewakili warga USIM, saya menzahirkan ucapan penghargaan kepada Syeikhul Azhar, juga TYT Mohamed Abdelsalam atas kepercayaan yang diberikan.

Universiti Sains Islam Malaysia – USIM Muslim Council of Elders – Malaysia مجلس حكماء المسلمين أحمد الطيب

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *