Dalam Majlis Syarahan Umum Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti baru-baru ini, saya menekankan keperluan untuk warga Universiti Sains Islam Malaysia – USIM menjadi modal insan kelas pertama. Ini telah pun dizahirkan dalam athar berkenaan dialog Saidina Umar al-Khattab tentang cita-cita.
Pengurusan dan pentadbiran universiti pada era pasca pandemik perlu lebih fleksibel, pantas, berinovasi dan semestinya “antifragile”. Meminjam kata-kata Nassim Nicholas Taleb, sistem pada masa kini mestilah bersifat “antifragile” dan bukan semata-mata “resilience”.
Saya akhir syarahan sekitar 1 jam itu dengan berkongsi kisah yang pernah dibawakan oleh guru kami yang dikasihi, almarhum Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti berkenaan pentingnya kesatuan.
Besar harapan saya agar warga USIM dapat bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan segala yang kita impikan pada #KampusBarakah ini.