Makan Malam Bersama Pengarah / Konsul Pendidikan daripada Konsulat Jeneral Malaysia Dubai, Atase Agama, Rakyat Malaysia dan Wakil Pelajar Malaysia di Universiti Al Qasimia, Sharjah

Terima kasih kepada En. Ahmad Razaly bin Abdul Rahim selaku Pengarah / Konsul Pendidikan daripada Konsulat Jeneral Malaysia Dubai, Atase Agama, rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai, dan wakil para pelajar Malaysia di Universiti Al Qasimia, Sharjah yang sudi menjemput saya untuk makan malam dan sedikit perkongsian pada malam ini.

Saya menekankan keperluan untuk adanya kesatuan dan perpaduan yang kukuh antara rakyat Malaysia khususnya dalam memberi sumbangan yang besar kepada agama dan negara walaupun berada di luar.

Peluang yang tidak boleh dilepaskan sepanjang berada di luar negara adalah jaringan. Inilah yang jarang diberi perhatian serius tetapi amat penting untuk dibudayakan dalam masyarakat kita.

Semoga rakyat Malaysia terus berjaya di mata dunia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *