#317: Makanan Pertama Ahli Syurga

-40%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM50.00RM110.00
Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apakah makanan pertama ahli syurga? Sebab saya ada dengar, ada pendapat menyatakan hati ikan paus? Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Dalam menjawab persoalan ini, yang termasuk dalam perkara ghaib dan sam’iyyat, amat wajar kita merujuk kepada wahyu Ilahi dan Hadyun Nabawi.

Persoalan di atas boleh dilihat melalui sebuah hadis panjang, di mana Rasulullah SAW dikunjungi oleh pendeta Yahudi yang datang untuk bertanyakan beberapa soalan. Kami nukilkan kisah tersebut seperti berikut:

عن ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثه قال:كُنْتُ قائِمًا عِنْدَ رَسولِ اللهِ ﷺ فَجاءَ حِبْرٌ مِن أحْبارِ اليَهُودِ فَقالَ: السَّلامُ عَلَيْكَ يا مُحَمَّدُ فَدَفَعْتُهُ دَفْعَةً كادَ يُصْرَعُ منها فَقالَ: لِمَ تَدْفَعُنِي؟ فَقُلتُ: ألا تَقُولُ يا رَسولَ اللهِ، فَقالَ اليَهُودِيُّ: إنَّما نَدْعُوهُ باسْمِهِ الذي سَمّاهُ به أهْلُهُ. فَقالَ رَسولُ اللهِ ﷺ: إنَّ اسْمِي مُحَمَّدٌ الذي سَمّانِي به أهْلِي، فَقالَ اليَهُودِيُّ: جِئْتُ أسْأَلُكَ، فَقالَ له رَسولُ اللهِ ﷺ: أيَنْفَعُكَ شيءٌ إنْ حَدَّثْتُكَ؟ قالَ: أسْمَعُ بأُذُنَيَّ، فَنَكَتَ رَسولُ اللهِ ﷺ بعُودٍ معهُ، فَقالَ: سَلْ فَقالَ اليَهُودِيُّ: أيْنَ يَكونُ النّاسُ يَومَ تُبَدَّلُ الأرْضُ غيرَ الأرْضِ والسَّمَواتُ؟ فَقالَ رَسولُ اللهِ ﷺ: هُمْ في الظُّلْمَةِ دُونَ الجِسْرِ قالَ: فمَن أوَّلُ النّاسِ إجازَةً؟ قالَ: فُقَراءُ المُهاجِرِينَ قالَ اليَهُودِيُّ: فَما تُحْفَتُهُمْ حِينَ يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ؟ قالَ: زِيادَةُ كَبِدِ النُّونِ، قالَ: فَما غِذاؤُهُمْ على إثْرِها؟ قالَ: يُنْحَرُ لهمْ ثَوْرُ الجَنَّةِ الذي كانَ يَأْكُلُ مِن أطْرافِها قالَ: فَما شَرابُهُمْ عليه؟ قالَ: مِن عَيْنٍ فِيها تُسَمّى سَلْسَبِيلًا قالَ: صَدَقْتَ.

Maksudnya: Daripada Thauban maula Rasulullah SAW menceritakan, katanya: Aku berdiri berhampiran Rasulullah SAW. Tiba-tiba datang seorrng pendeta Yahudi seraya berkata: “Assalamualaika Ya Muhammad (Salam sejahtera ke atas kamu hai Muhammad.)” Lantas aku menolaknya dengan tolakan yang menyebabkan dia hampir-hampir jatuh. Lantas dia bertanya: “Kenapa kamu menolakku?” Maka jawabku: “Sepatutnya, kamu kata Ya Rasulullah.” Kemudian Yahudi menjawab: “Sesungguhnya kami menyeru dengan nama yang diberi oleh keluarganya.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya namaku Muhammad, sebagaimana keluargaku menamakan dengannya.” Kemudian Yahudi bertanya: “Aku datang untuk bertanyakan kepadamu.” Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Adakah itu memberikan manfaat kepadamu jika aku menjawabnya?” Jawab Yahudi: “Aku dengar dengan dua telingaku.” Rasulullah SAW mengambil sepotong kayu kecil dan menekannya pada tanah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Tanyalah.” Lantas Yahudi bertanya: “Di mana keadaan manusia pada hari bumi ditukar yang bukan lagi seperti bumi dan langit?” Jawab Rasulullah SAW: “Mereka berada dalam kegelapan, berhampiran titian.” Dia bertanya: “Siapa golongan yang mula-mula melintasnya?” Jawab baginda: “Orang fakir di kalangan muhajirin.”

Dia bertanya: “Apakah hidangan penduduk syurga ketika mereka memasuki syurga?” Baginda menjawab: “Sejuzuk bahagian hati ikan yang paling lazat.” Dia bertanya lagi: “Apa lagi makanan setelah itu.” Baginda menjawab: “Disembelih untuk mereka lembu jantan syurga yang makanannya di tepi-tepi taman-taman syurga.” Dia bertanya: “Apakah minuman mereka?” Baginda menjawab: “Daripada air mata yang dinamakan salsabila.” Katanya: “Benarlah kamu.”[1]

Dalam menjelaskan hadis di atas, Imam al-Nawawi berkata: Berkenaan lafaz ‘فَمَا تُحْفَتُهُمْ’, ia adalah apa yang dihadiahkan dan dikhususkan kepada seseorang dan dipersembahkan dengan penuh kemuliaan. Ibrahim al-Halabi mengatakan bahawa ia adalah bahagian buah-buahan yang paling lazat.”[2]

Imam al-Nawawi turut berkata: Al-Nun ialah ikan laut menurut kesepakatan para ulama’. Manakala lafaz ‘زَائِدَة كَبِد’ adalah potongan yang terbaik yang ada pada hati. Dan itu adalah yang paling enak.[3]

Sebahagian ulama’ berkata, perkataan nun itu memberi makna ikan paus atau ikan yang amat besar.

Justeru dalam menjawab persoalan di atas, antara makanan awal ahli syurga adalah:

  • Sejuzuk bahagian hati ikan yang paling lazat.
  • Lembu jantan.
  • Air mata yang dinamakan salsabila.

Dalam riwayat yang lain, apabila ahli syurga dapat memasuki syurga, khususnya mereka yang sentiasa berpuasa termasuk puasa Ramadhan dan puasa sunat, maka mereka akan melalui pintu Rayyan di mana selepas meminum air tersebut, maka tidak akan dahaga selama-lamanya.

Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama al-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut.”[4]

Menurut Mulla ‘Ali al-Qari, maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.[5]

Kami akhiri perbincangan ini dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ

Maksudnya: “Ya Allah, kami mohon kepadamu, keredhaan-Mu dan syurga. Dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka.”

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 19 Januari 2022 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1443H

[1] Riwayat Muslim (315)

[2] Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/14

[3] Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/15

[4] Riwayat al-Bukhari (1896)

[5] Lihat Mirqat al-Mafatih, 4/1361

Leave a Reply

Your email address will not be published.