Mesyuarat bersama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Universiti Sains Islam Malaysia – USIM berkenaan pembinaan Kompleks Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum yang memfokuskan kajian komuniti Orang Kurang Upaya (OKU). Sengaja saya pilih untuk bermesyuarat di Pusat Islam USIM. Lebih santai dan hampir dengan tapak cadangan projek JPPF.
Dalam kesempatan yang sama, saya turut mendengar pembentangan projek-projek pembangunan dan perkhidmatan fasiliti yang sedang dijalankan dan akan dijalankan di USIM.
Para pensyarah yang berkhidmat melalui Ibnu Ummi Maktum Research Centre – Quran & Sunnah for Special Needs menyampaikan hasrat mereka yang telah lama mengimpikan pembinaan sebuah pusat penyelidikan khusus untuk pembangunan dan pemerkasaan OKU.
Saya telah meneliti pembentangan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, dan inisiatif yang telah dilaksanakan. Konsep bangunan kabin atau kontena dengan pendanaan wakaf adalah antara yang menjadi pilihan. Semasa mesyuarat tadi, saya telah minta JPPF sediakan lakaran plan dengan segera.