Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti.

Selepas solat Jumaat 28 Januari 2022, saya hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti.

Ini adalah beberapa pendekatan yang saya bawakan di Universiti Sains Islam Malaysia – USIM bagi mengoptimumkan peranan dan kuasa Lembaga Pengarah Universiti dalam memberi kata putus kepada isu-isu besar yang memerlukan tindakan segera.

Apa yang paling utama adalah kami berusaha mengurangkan kerenah birokrasi bagi melancarkan tadbir urus melibatkan staf dan mahasiswa USIM. Sudah pasti ia adalah untuk manfaat warga USIM jua.

Sekalung penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti atas kerjasama kepada pihak Ahli Lembaga Pengarah, terutamanya bagi merealisasikan 9 sasaran tahunan yang digariskan oleh Naib Canselor USIM dalam Majlis Amanat pagi tadi.

#USIMGlokal2022

#BeramalBertakwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *