Minggu Suai Kenal / Ta’aruf di Bawah Bimbingan Fasilitator dan Pantauan Pegawai Psikologi serta Pensyarah KGI.

Gembira dapat berbual bersama-sama sebahagian daripada 89 orang anak-anak murid Tahap 1 (Tingkatan 1) Kolej Genius Insan USIM yang sedang menjalani minggu suai kenal / ta’aruf di bawah bimbingan fasilitator dan pantauan Pegawai Psikologi serta Pensyarah KGI.

Mereka adalah anak-anak Muslim terpilih daripada segenap pelosok negara dengan kebolehan kognitif melebih manusia normal iaitu IQ 130 ke atas. Di KGI mereka didedahkan dengan kurikulum khas yang sesuai dengan tahap IQ mereka disamping ilmu-ilmu agama bagi melahirkan cendekiawan Muslim bertaraf dunia.

Saya katakan kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh kerana masa depan kemajuan umat Islam dalam sains dan teknologi berada di tangan mereka.

Kepada ibu bapa, anak-anak anda selamat dan gembira bersama kami di USIM. Doa dan sokongan anda amat kami harapkan bagi menjalankan amanah yang besar ini.

Genius Insan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *