Panggilan Video dengan Pengusaha Taman Ladang Kurma terkenal di Madinah, Aryaf Taibah

Berbual secara panggilan video dengan pengusaha Taman Ladang Kurma terkenal di Madinah, Aryaf Taibah. Alhamdulillah, pihak Aryaf Taibah berbesar hati menaja kurma untuk diagihkan kepada kelompok yang memerlukan bantuan khususnya di sekitar Nilai, Negeri Sembilan pada bulan Ramadhan nanti.

Pejabat YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri amat menghargai sumbangan yang diberikan dan akan mengagihkannya sepanjang Ramadhan nanti melalui DapurFEST! Surau Al-Makrifah.

Bagi yang berminat untuk menyumbang tajaan berbuka puasa, boleh klik https://suraumakrifah.com/donations/dapurfest/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *