Pelancaran Buku Garis Panduan Sijil Patuh Syariah yang Dibangunkan Bersama Tenaga Pakar USIM dan UMS.

Alhamdulillah, satu sejarah baharu industri halal negara tercipta dengan pelancaran Buku Garis Panduan Sijil Patuh Syariah yang dibangunkan bersama tenaga pakar USIM dan UMS.

Sijil Patuh Syariah ini bertujuan membantu industri mikro di Sabah mendapat pengiktirafan halal atau Sijil Patuh Syariah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Malam ini saya meraikannya kerjasama julung-julung kali ini bersama-sama Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah dan Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar. Turut hadir Naib Yang di-Pertua MUIS, Ketua Pengarah JAKIM dan wakil UMS serta USIM.

Saya juga sempat berbincang dengan Datuk Haji Ariffin berkenaan usaha mempromosikan kefahaman fiqh ta’ayush dan pemikiran kesederhanaan Al-Imam Al-Akbar Syeikh Al-Azhar Dr. Ahmed El-Tayeb dalam kalangan umat Islam di Sabah.

Universiti Sains Islam Malaysia – USIM Muslim Council of Elders – Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search