Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM

Alhamdulillah, bermula 1 Disember yang lalu saya secara rasmi telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.
 
Memandangkan pada tarikh tersebut saya masih berada di luar negara atas urusan rasmi, saya memilih hari ini sebagai hari pertama untuk saya memulakan tugas rasmi di USIM. Program rasmi pada hari ini bermula dengan Khutbah Jumaat, pertemuan pertama bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan taklimat bersama Pendaftar USIM. USIM sentiasa dekat di hati saya. Kerjaya saya berkembang di USIM sebagai pensyarah di sini pada tahun 2006 sebelum meletakkan jawatan terakhir sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada tahun 2008 .
 
Insya-Allah dengan pengalaman yang ada, saya akan memberi fokus utama kepada jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara bagi manfaat keluarga besar USIM. Sekalung penghargaan kepada rakan media yang membuat liputan sebentar tadi.
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search