Penubuhan Cawangan Majlis Hukama’ Muslimin di Malaysia.

Saya menerima panggilan daripada Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Dr. Ahmed el-Tayeb yang menyampaikan rasa teruja akan penubuhan cawangan Majlis Hukama’ Muslimin di Malaysia.

Beliau berbesar hati mengumumkan sumbangan khas kepada saya, 10 set himpunan karya penulisan Al-Imam Al-Akbar yang memuatkan 16 buah buku beliau disamping semua buku-buku terbitan Al-Azhar Al-Syarif. Selain itu, beliau turut menawarkan untuk mendapatkan apa jua buku-buku yang saya inginkan bagi tujuan penyelidikan Islam di Malaysia.

Saya turut menyampaikan makluman kepada beliau tentang penubuhan Perpustakaan Al-Imam Al-Akbar di pejabat saya. Perpustakaan ini bakal memuatkan semua karya Syeikh Dr. Ahmed el-Tayeb, semua Syeikhul Azhar sepanjang zaman, koleksi fatwa semua Mufti Republik Arab Mesir dan rujukan-rujukan terbaik semua bidang ilmu Islam.

Kami bersepakat untuk terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Republik Arab Mesir khususnya Al-Azhar Al-Syarif bagi manfaat umat Islam di Malaysia, insya-Allah.

أحمد الطيب

المستشار محمد عبدالسلام

Muslim Council of Elders – Malaysia

مجلس حكماء المسلمين

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search