Penyampaian Sumbangan #MusaadahArmalah.

Menyelami perasaan dan beban yang ditanggung oleh kelompok armalah atau janda dalam kalangan kakitangan dan isteri kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM yang bernaung di bawah Kelab Kakitangan Wanita dan Isteri Kakitangan (Kelab Wardah USIM).

Hari ini saya bertemu sebahagian daripada mereka dan menyampaikan sumbangan #MusaadahArmalah. Bukan mudah untuk hidup dan menggalas segala tanggungjawab kekeluargaan seorang diri. Merekalah ibu dan ayah buat anak-anak di rumah. Ada yang tidak dapat menahan air mata apabila menceritakan dugaan yang dihadapinya kepada saya.

Tidak sedikit yang tertekan sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan tumpuan kepada kerjaya serta keluarga. Samada kematian suami ataupun perceraian, kedua-duanya memberi kesan emosi yang amat hebat dan saya kagum kerana mereka mampu menghadapinya dengan tabah.

Alhamdulillah, Jawatankuasa Pengurusan USIM baharu sahaja meluluskan penubuhan Tabung Pembangunan Wanita Kelab Kakitangan Wanita dan Isteri Kakitangan USIM. Ini satu berita gembira buat mereka.

Saya telah minta kepada Pengerusi Kelab Wardah USIM, Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani untuk segerakan penyaluran bantuan dan sumbangan kepada semua armalah dalam kalangan staf USIM.

Program melibatkan armalah juga akan diperbanyakkan bagi menzahirkan semangat kebersamaan warga USIM dalam hal ini. Saya mahu mereka tahu, mereka tidak berseorangan dan USIM sentiasa ada di belakang mereka.

Di hari Jumaat yang mulia ini, anda boleh menyalurkan sumbangan untuk kebajikan dan pembangunan armalah dalam kalangan kakitangan dan isteri kakitangan USIM kepada Akaun Kelab Wardah:

Bank Islam Malaysia Berhad

14032010033366

Rujukan: Tabung Pembangunan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *