Perasmian Pembukaan Mokti’s Bandar Seri Putra

Selepas Kuliah Dhuha pagi 13 Februari 2022, saya menerima jemputan untuk merasmikan pembukaan Mokti’s Bandar Seri Putra. Tahniah diucapkan kepada Puan Nordina Bt Rosle, Puan Norhuda Bt Rosle, dan Puan Siti Munirah Othman atas pembukaan cawangan Mokti’s HQ Malaysia.
Bisnes aiskrim jarang diterajui oleh Muslim. Kemunculan Mokti’s sebagai pengeluar aiskrim pelbagai jenis termasuk tepung aiskrim bumiputera Muslim memberi pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan aiskrim gula apong yang kini mula digemari ramai.
Aiskrim Mokti’s rasanya lemak, tak terlalu manis, halus. Sedap dan sesuai makan tambahan lagi kalau waktu tengahari.
Saya doakan semoga perniagaan yang diusahakan ini terus berkembang maju dan dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi ummah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *