Perbincangan Bersama Fakulti Dalam Memaknakan Visi, Misi, Dan Objektif USIM Dalam Kalangan Mahasiswa

Perbincangan yang amat baik berjalan pada petang 13 Januari 2022, yang dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia – USIM, Prof. Dr. Mohd. Radhi Ibrahim dan Dekan-Dekan daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Fakulti Pergigian, dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Saya ingin melihat usaha yang lebih progresif dan jitu  dalamdaripada pihak fakulti memaknakan visi, misi, dan objektif USIM dalam kalangan mahasiswa. Sehingga 1 Januari 2022, USIM mempunyai 11,486 orang mahasiswa prasiswazah, 1553 orang mahasiswa pascasiswazah, dan 27,806 orang alumni. Malaysia dan dunia Islam amnya perlu merasai dan menerima manfaat keberadaan mahasiswa dan alumni USIM dalam kalangan masyarakat.

Huruf “I” yang ada pada USIM membezakan pendekatan, budaya dan iklim yang wujud di #KampusBarakah ini berbanding Universiti Awam lain. Saya pasti, para Dekan juga sependapat dengan saya bahawa pencapaian USIM juga perlu terus dipertingkatkan dari segenap aspek.

Kami sedia untuk sama-sama berusaha agar USIM gah berdiri di tempat yang tersendiri di peringkat global, insya-Allah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *