Persidangan Kumpulan Wawasan Strategik Dunia Islam – Rusia

Pada 24 November 2021 bertempat di Hotel Ritz-Carlton, Jeddah, Arab Saudi berlangsungnya Persidangan Kumpulan Wawasan Strategik Dunia Islam – Rusia yang melibatkan 33 buah negara di seluruh dunia bagi memperkukuh kerjasama untuk manfaat kepada hampir 30 juta umat Islam di Rusia dan hubungan baik Rusia dengan negara-negara OIC.

Persidangan dimulakan dengan titah aluan Yang Mulia Putera Khalid Al Faisal, Penasihat kepada Khadimul Haramain Al Sharifain berkenaan kepentingan hubungan bilateral yang erat antara Rusia dan negara-negara Islam. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov, Presiden Tatarstan merangkap Pengerusi Persidangan Kumpulan Wawasan Strategik Dunia Islam – Rusia.

Saya turut berkesempatan bertukar buah fikiran dengan sahabat yang dikasihi, Syeikh Dr. Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam, Mufti Besar Republik Arab Mesir yang dikenali sejak sekian lamanya. Persidangan berprestij ini turut mempertemukan saya dengan Dr. Mohamed Bechari, Ketua Setiausaha Majlis Komuniti Muslim Antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Jaringan antarabangsa sebegini penting bagi mengukuhkan nama baik Malaysia selaku negara Islam yang disegani di peringkat global dan seterusnya memberi manfaat kepada umat Islam di Malaysia dan rakyat Malaysia amnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *