#547: Pertemuan Ahli Keluarga di Syurga

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah sesama ahli keluarga boleh dihimpun dan dipertemukan semula di dalam syurga, meskipun masing-masing berbeza darjat dan kedudukan mengikut amalan masing-masing?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, Allah SWT telah menetapkan bahawa syurga ini hanya akan didiami oleh hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh sahaja. Hal ini, dinyatakan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.”[1]

Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan orang-orang yang membenarkan Allah dan rasul-Nya, beriman dengan hari akhirat, melakukan amal soleh, menunaikan kewajipan, meninggalkan segala maksiat adalah orang-orang yang layak untuk memasuki syurga sebagai ganjaran di atas ketaatannya, pergantungannya serta keikhlasannya kepada Allah di waktu sembunyi dan terang-terangan. Ini juga merupakan dalil bahawa iman yang sahih bersama amal soleh merupakan syarat untuk masuk ke dalam syurga.[2]

Sebagai umat Islam kita memang dituntut untuk berusaha mendapatkan syurga Allah SWT di akhirat kelak. Bahkan terdapat beberapa nas dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menganjurkan kepada hal tersebut. Ini seperti yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Bersegeralah kamu ke arah (mendapatkan) pengampunan dari Tuhan kamu dan (bersegeralah) mendapatkan syurga yang luasnya melebihi langit-langit dan juga bumi yang disediakan buat golongan yang bertakwa.[3]

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ

Maksudnya: Apabila kamu meminta kepada Allah mintalah kepadanya syurga Al-Firdaus kerana ia merupakan syurga terbaik serta yang paling tinggi.[4]

Justeru, menjadi tabiat manusia ketika mana berada dalam proses dan usaha untuk mendapatkan syurga Allah SWT kadangkala menimbulkan beberapa persoalan berkenaan dengan ciri-ciri syurga, bagaimana cara mendapatkannya, sifat-sifat penghuni syurga, adakah sesama ahli keluarga boleh dihimpunkan semula dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Pertemuan Ahli Keluarga di Syurga

Berbalik kepada persoalan di atas, Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ

Maksudnya“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka.”[5]

Ibn Abbas R.Anhuma dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Allah SWT akan meninggikan darjat orang beriman pada darjatnya meskipun mereka berada di bawahnya dalam amal perbuatan. Hal itu agar dia merasa senang dengan kehadiran mereka.” Kemudian beliau membacakan firman Allah SWT (di atas).

Seterusnya Ibn Abbas R.Anhuma turut menyebut: “Mereka adalah keturunan orang beriman yang meninggal dunia dalam keadaan beriman. Meskipun tempat tinggal ibubapa mereka lebih tinggi daripada tempat tinggal mereka, namun mereka dipertemukan dengan ibu bapa mereka tanpa mengurangkan sedikit pun amal perbuatan mereka.” Demikian juga yang dikemukakan oleh al-Sya’bi, Sa’id bin Jubair, Ibrahim al-Nakha’ie, Qatadah dan lain-lain.[6]

Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata: “Allah SWT memberitahu tentang kurniaan, kemurahan, anugerah dan kelembutan-Nya kepada semua makhluk-Nya serta kebaikan-Nya, bahawa jika orang-orang mukmin itu diikuti oleh keturunan mereka, maka mereka akan dipertemukan dengan bapa-bapa mereka di suatu tempat, meskipun amal perbuatan mereka tidak sampai pada amal-amal bapa mereka. Ini supaya bapa-bapa mereka itu merasa senang dengan kehadiran anak-anaknya di sisi mereka, di tempat kediaman mereka. Mereka dikumpulkan dengan cara yang paling baik, iaitu orang yang mempunyai amal yang kurang akan ditinggikan darjatnya melalui orang yang amalnya sudah sempurna. Dan hal itu sama sekali tidak menjadikan amalannya berkurang dan kedudukannya menurun sehingga terjadi kesamaan antara orang ini dengan orang yang tinggi darjatnya itu.”[7]

Dalam ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman:

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ

Maksudnya: “Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka.”[8]

Ibn Kathir berkata: “Maksudnya, Allah SWT mengumpulkan mereka dengan orang-orang yang mereka cintai di dalam Syurga itu, iaitu bapa-bapa, isteri-isteri dan anak cucu mereka yang layak untuk masuk syurga, daripada kalangan orang-orang yang beriman. Hal tersebut supaya hati mereka terhibur dan senang dapat berkumpul dengan mereka semua, sehinggakan Allah mengangkat darjat mereka yang rendah menjadi lebih tinggi berkat anugerah dan kebaikan Allah kepada mereka, tanpa mengurangkan darjat orang-orang yang memang memiliki darjat yang tinggi.”[9]

Kesimpulan

Berdasarkan nas-nas di atas, ahli keluarga boleh dikumpulkan semula di dalam syurga walaupun berbeza darjat dan amal perbuatan. Mereka akan dikumpulkan tanpa mengurangkan darjat bagi yang sudah memiliki kedudukan darjat yang tinggi.

Namun, kita tidak sewajarnya menyibukkan fikiran kita dengan terlalu berfikir secara mendalam berkenaan hal ehwal perkara ghaib seperti situasi di dalam syurga. Akan tetapi kita hendaklah fokus dalam melakukan perkara-perkara yang boleh menjadi sebab agar kita dimasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan kita daripada api neraka.

Mudah-mudahan kita termasuk dari kalangan orang-orang yang berjaya seperti firman Allah SWT:

فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

Maksudnya: “Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.”[10]

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 21 Februari 2022 bersamaan 19 Rejab 1443H

 

[1] Surah al-Baqarah: 82

[2] Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/154

[3] Surah Ali Imran: 133

[4] Riwayat al-Bukhari (2790)

[5] Surah al-Tur: 21

[6] Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Tafsir Ay al-Quran, 22/467

[7] Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/550

[8] Surah al-Ra’d: 23

[9] Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 4/388

[10] Surah Ali Imran (185)

One thought on “#547: Pertemuan Ahli Keluarga di Syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *