Pertemuan Bersama Dr. Syed Abdul Majid Ghouri, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM

Para mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia – USIM sewajarnya memanfaatkan para pensyarah luar negara yang berkhidmat di sini, terutamanya bagi pengukuhan Bahasa Arab.

Pagi ini saya mengadakan pertemuan bersama Dr. Syed Abdul Majid Ghouri, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM yang berasal daripada Hyderabad, India. Beliau merupakan lulusan Darul Uloom Nadwatul Ulama’, Maahad al-Fatah al-Islami, dan menamatkan pengajian peringkat Sarjana serta Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau telah menerbitkan hampir 40 buah buku berkenaan Hadith, Ulum al-Hadith dan lain-lain dalam Bahasa Arab dan Bahasa Urdu, tidak termasuk yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

#KampusBarakah ini sentiasa berbangga dengan sumbangan para pensyarahnya kepada ummah. Sepanjang keberadaan saya di USIM, saya berhasrat mengetengahkan para pensyarah tempatan dan luar negara yang telah menghasilkan sumbangan yang berimpak tinggi, untuk lebih dikenali oleh masyarakat awam khususnya di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *