Waktu yang singkat di sini sebaiknya dimanfaatkan untuk kepentingan pembangunan Islam di Malaysia. Saya mencuri sedikit masa pada waktu rehat semasa persidangan untuk bertemu dua sahabat karib saya yang berkhidmat sebagai pegawai tinggi dalam Rabitah al-Alam al-Islami, Sheikh Turkey bin Ahmed al-Radi (Pengarah Pejabat Ketua Setiausaha Rabitah) dan Sheikh Dr. Abu Rehab Abdulqadir.
Kami berbincang tentang beberapa usahasama yang boleh diteruskan hasil beberapa siri pertemuan dan kesepakatan yang diperoleh sebelum ini. Saya turut menyampaikan jemputan kepada pihak Muslim World League – رابطة العالم الإسلامي ke Universiti Sains Islam Malaysia – USIM bagi sebarang bentuk kerjasama yang pastinya membuahkan manfaat kepada umat Islam di Malaysia.