Pertemuan bersama Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Sampai di KLIA, saya berehat seketika sambil menunggu urusan bagasi selesai. Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik dan menyapa saya.

Saya dimaklumkan beliau ada beberapa urusan kerja di Langkawi. Kami sempat berbual seketika, saling bertanyakan khabar dan bertukar pandangan tentang beberapa isu-isu Islam semasa.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan beliau dan memanjangkan usia beliau dalam keredhaan dan kasih sayang-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.