Pertemuan bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia – USIM pada petang tadi.
Kami berbincang tentang beberapa perkembangan dan halatuju USIM dalam bidang tugas masing-masing. Apa yang dihasratkan oleh Naib Canselor USIM dalam Majlis Amanat Naib Canselor USIM 2022 tempohari hendaklah dihayati dan digerakkan secara bersama.