Pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Negara

Pagi 28 Mac 2022, saya mengambil kesempatan bertemu dengan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim di pejabat beliau. Banyak yang kami bualkan terutamanya seputar usaha memartabatkan bahasa dan kebudayaan Melayu yang sudah pasti berkait rapat dengan agama Islam.

Saya hadiahkan kepada beliau set Terjemahan Sahih al-Bukhari 8 jilid terbitan Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah saya usahakan bersama-sama barisan penterjemah dan penyemak semasa menjawat jawatan Menteri sebelum ini. Semoga ia menjadi salah satu sumbangan yang memperkaya khazanah turath Islam dalam Bahasa Melayu.

Terlalu ramai yang bertanyakan berkenaan set Terjemahan Sahih al-Bukhari dan menzahirkan minat untuk mendapatkannya. Buat masa sekarang, cetakan pertama ini adalah cetakan khas dengan jumlah yang agak terhad untuk Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Agama Negeri, pihak yang terlibat dalam penyusunan terjemahan ini, agensi-agensi agama, masjid dan surau terpilih serta para pemegang taruh.

Sudah pasti pihak Kerajaan Malaysia yang terdahulu, amat terhutang budi kepada para ulama’ dan asatizah Madrasah Mifathul Ulum Sri Petaling kerana sudi menyemak, dan menambahbaik edisi terjemahan ini. Usaha mereka dan semua para penterjemah selayaknya dicatat dalam lipatan sejarah negara.

Di akhir pertemuan, saya turut menyampaikan jemputan kepada beliau untuk memberikan syarahan berkenaan bahasa dan kebudayaan Melayu kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *