Pembukaan Yang Maha Tinggi Pada Menterjemahkan Ringkasan Sirah Nabi

RM8.00

Mengenali Rasulullah SAW adalah salah satu daripada usaha untuk mentahqiqkan cinta kepada-Nya. Maka, bersempena dengan Maulidurrasul 1444H, Maktabah AlBakri dengan berbesar hati menerbitkan terjemahan Mukhtaṣar Sīrat al-Nabī tulisan al-Ḥāfẓ ʿAbd al-Ghanī al-Maqdisī yang berjudul Fatḥ al-ʿAlī fī Tarjamati Mukhtaṣar Sīrat al-Nabi (Pembukaan Yang Maha Tinggi pada menterjemahkan Ringkasan Sirah Nabi).

899 in stock

Category:

Description

لما ولد النبي صلى الله عليه وسلم عق عنه عبد المطلب بكبش وسماه محمدا فقيل له يا أبا الحارث ما حملك على أن تسميه محمدا ولم تسمه باسم آبائه قال أردت أن يحمده الله عز وجل في السماء ويحمده الناس في الأرض

Maksudnya : Apabila Nabi SAW dilahirkan, Abd al-Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya : “Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?” Jawabnya : “Aku ingin agar Allah SWT memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi.” (Lihat Tarikh Dimashq, 3/32)

Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini. (Lihat Fatḥ al-Bārī, 6/555)

Imam al-Suyuti turut menyatakan bahawa Muhammad adalah merupakan nama baginda yang paling masyhur. (Lihat al-Nahjah al-Ṣawiyyah fī al- Asmā’ al-Nabawiyyah, m. 41).

Penerbit: Maktabah Al-Bakri
Penulis: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 78
Halaman: Berwarna

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pembukaan Yang Maha Tinggi Pada Menterjemahkan Ringkasan Sirah Nabi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *