Yajuj dan Majuj

RM13.00

Hakikat Yakjuj dan Makjuj dalam al-Quran diceritakan dalam Surah al-Kahfi dan juga Surah al-Anbiya’. Yakjuj dan Makjuj merupakan dua kabilah manusia yang akan keluar apabila tibanya akhir zaman ketika hampir berlakunya hari kiamat. Mereka dipercayai berketurunan Adam daripada susur galur (anak) kepada Yafith bin Nuh. Para ulama mentarjihkan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj menetap di kawasan negara Mongolia di utara negara China dan selatan negara Rusia.

Kemunculan Yakjuj dan Makjuj merupakan satu perkara yang akan berlaku. Tembok yang menghadangi pergerakan Yakjuj dan Makjuj pasti dibuka oleh Allah berasaskan ayat 96 Surah al-Anbiya’. Secara khususnya, kemunculan mereka berlaku setelah turunnya Nabi Isa A.S dari langit dan setelah Baginda A.S membunuh Dajjal. Terdapat pelbagai kerosakan dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj iaitu seperti membunuh, merampas bekalan makanan, memakan manusia, dan merosakkan apa jua di bumi setelah mereka keluar.

993 in stock

Category: