Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP Tahun 2022

Hujung minggu di USIM memang meriah. Hari ini Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia telah mengadakan . Warga LPP memenuhi Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM dan beberapa venue sekitar bagi pelbagai acara sukan.

Selepas Kuliah Dhuha Mingguan di Masjid Putra Nilai – Rasmi, saya bergegas ke Universiti Sains Islam Malaysia – USIM bagi melihat sendiri sesi latihan bola sepak anak-anak berumur 6 – 14 tahun di Falcon United Academy.

Akademi ini adalah inisiatif kakitangan USIM sebagai pusat latihan kepada kanak-kanak dan remaja dalam kalangan anak-anak kakitangan dan komuniti sekitar yang berminat dengan sukan bola sepak. Latihan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8-10 pagi.

Saya berkongsi sedikit kata-kata semangat dan nasihat untuk mereka terus aktif berkecimpung dalam sukan bola sepak. Usaha ini wajar diberi sokongan penuh dan saya akan sentiasa memantau perkembangan mereka.

Bagi yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Akademi Falcon United, boleh ke Facebook yang tersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *