Semalam 29 Mac 2022, saya mengagihkan sabun pencuci, sabun buku dan beberapa alatan pembersihan tandas sebagai simbolik program #USIMMembersih yang akan dijalankan pada hari Jumaat ini.
Itulah antara cara kami meraikan ketibaan bulan mulia Ramadhan; memastikan 456 buah tandas di dalam kampus berada dalam keadaan yang amat bersih dan selesa untuk digunakan.
Membersihkan tandas bukanlah semata-mata tugas staf pembersihan tetapi adalah tanggungjawab bersama. Saya ingin seluruh warga USIM memasuki bulan tarbiah ini nanti dengan hati yang insaf dan jiwa yang bersih.
Jangan lupa juga sertai Karnival Warm-Up Ramadan anjuran Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM dengan pelbagai program yang bermanfaat. Ikuti page Pusat Islam USIM untuk maklumat lanjut!