Proses Agihan Juadah Berbuka Puasa di Kolej Kediaman Nilam Court USIM

Hari ini 4 April 2022, saya meninjau proses agihan juadah berbuka puasa di Kolej Kediaman Nilam Court USIM yang diuruskan oleh Pejabat Ahli Dewan Negara, Pejabat Pengerusi LPU USIM dan Surau Al-Makrifah. Turut hadir, Dr. Syaza selaku Pengetua KKSI.

Saya juga pernah melalui pengalaman sebagai mahasiswa. Jarang sekali dapat menjamah makanan yang enak. Bila dapat peluang dijamu juadah yang menyelerakan, memang seronok.

Hari ini pasukan saya sediakan menu Nasi Putih, Kari Ayam, Kentang dan Sayur Campur. Saya minta mereka masak makanan yang berkhasiat dan berzat untuk mahasiswa dan mahasiswi USIM. Moga mereka lebih sihat dan bersemangat untuk belajar. Terima kasih JAKSA KKNC atas kerjasama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.