RM26,000 SUMBANGAN PEJABAT PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI DAN PEJABAT AHLI DEWAN NEGARA KEPADA 340 MAHASISWA B40 USIM

Alhamdulillah semalam 22 April, saya berbesar hati menyampaikan sumbangan khas Ramadhan kepada 340 orang siswa dan siswi Universiti Sains Islam Malaysia – USIM yang berlatarbelakangkan keluarga dalam kategori B40. Turut hadir, TNC Hal Ehwal Pelajar & Alumni USIM, Prof. Dr. Mohamed Yusoff.

Saya tidak mahu isu-isu melibatkan masalah kewangan menjadi alasan untuk mereka tidak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beberapa polisi di peringkat universiti sedang ditambahbaik bagi membolehkan penyaluran bantuan sampai kepada sasaran dalam kalangan pelajar, dengan lebih berkesan.

Saya juga berbesar hati menyumbang sebahagian besar koleksi jubah saya dan pakaian isteri saya yang masih dalam keadaan baik kepada mereka. Mereka boleh pilih dan ambil dengan percuma. Semuanya telah saya hantar ke dobi dan digosok dengan baik.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim atas sumbangan pek bantuan makanan kepada siswa siswi USIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.