Sesi Pertemuan Ringkas Bersama YB Senator Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara

Saya mengenali YB Senator Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara sebagai seorang anak muda yang mempunyai minat yang mendalam kepada agama, sejarah, dan falsafah Islam serta begitu mengagumi sosok pemikir Islam terkenal, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Melihat peluang yang ada untuk beliau lebih mengenali gagasan Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Dr. أحمد الطيب berkenaan keamanan, perpaduan dan toleransi antara agama, saya menjemput beliau untuk bersama-sama saya dan TYT المستشار محمد عبدالسلام, Ketua Setiausaha مجلس حكماء المسلمين dalam sesi pertemuan ringkas semalam.

Saya amat gembira dengan komitmen yang dizahirkan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal untuk menerapkan idea-idea gagasan pemikiran al-Imam khususnya terkait perpaduan dan toleransi beragama dalam tadbir urus kerajaan.

Muslim Council of Elders – Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search