Sumbangan Khas Kepada 40 Orang Pelajar Kolej Genius Insan

Mereka bukan anak-anak remaja Muslim yang biasa. Walaupun dari luaran seperti pelajar sekolah menengah yang lainnya. Allah SWT kurniakan kepada mereka kelebihan kognitif yang tinggi iaitu IQ 130 dan ke atas. Universiti Sains Islam Malaysia – USIM pilih daripada seluruh pelosok tanahair.

Cuma, keadaan sebahagian mereka amat menyentuh hati saya. Mereka anak yatim, pendapatan isi rumah di bawah Had Pendapatan Garis Kemiskinan tapi mereka amat bersemangat untuk menuntut ilmu.

Pejabat Pengerusi LPU berbesar hati menyampaikan sumbangan khas berjumlah RM4,000 kepada 40 orang pelajar Kolej Genius Insan. Sumbangan ini mungkin kecil. Tak dapat menggantikan kasih seorang ayah atau ibu. Sungguh, saya menganggap mereka seperti anak-anak saya sendiri.

Selagi saya masih lagi memegang amanah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, anda semua sentiasa dalam perhatian dan kasih saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *