#13 Tanda 100 Hari Sebelum Mati

SOALAN

Mengenai tanda-tanda kematian yang disebarkan melalui internet seperti tanda sebelum 100 hari dan lain-lain. Adakah ia boleh diguna pakai?

JAWAPAN

Kematian adalah termasuk dalam perkara ghaibiyyat / sam’iyyat. Allah menegaskan dalam al-Qur’an

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.”

(Surah Luqman: 34)

Firman Allah SWT:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ

Maksudnya: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja…”

(Surah al-An’am: 59)

Sekiranya tanda-tanda tersebut berdasarkan pengalaman peribadi, maka ianya boleh sahaja dipakai sebagai panduan umum. Tetapi, tidak boleh untuk meyakini secara teguh bahawa ianya adalah tanda-tanda sebelum kematian. Walaubagaimanapun, secara pastinya tanda-tanda 100 hari yang tersebar itu bukannya berasal daripada mana-mana hadis dan dilarang untuk menisbahkannya kepada Rasulullah SAW. Wallahu a’lam.

5 thoughts on “#13 Tanda 100 Hari Sebelum Mati

  1. Sha says:

    Assalamualaikum, jika anak angkat china di besarkan oleh org melayu/islam di akhirat dpt ke berkumpul dgn famili angkat atau ia utk famili yg ada pertalian darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *