Tazkirah Daripada En. Rizan Hassan, Ketua Projek Belia Mahir.

Usai solat Tarawih dan Witir, mendengar tazkirah daripada En. Rizan Hassan, Ketua Projek Belia Mahir.

Beliau berkongsi kisah hidupnya yang amat menginsafkan. Alumni Sekolah Henry Gurney yang kini menjadi salah seorang individu penting dalam pembangunan belia dalam bidang tenaga kerja mahir dan separuh mahir di Malaysia.

Hakikatnya, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Peluang diberi bukan sekali dua bahkan berkali-kali.

Firman-Nya:

وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّـهَ يَجِدِ اللَّـهَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Nisa’: 110)

“Ustaz, saya cuma terkilan kerana ayah saya tak sempat lihat kejayaan saya hari ini…”

Hadirin ramai yang bergenang air mata malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *