Tazkirah Ringkas dan Sumbangan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Darul Tahfeez Hurriya al-Jannah

Selepas Kuliah Subuh di Surau al-Fateh, Taman Nusa Intan, Seremban, saya menerima makluman anak-anak yatim dan asnaf Darul Tahfeez Hurriya al-Jannah amat ingin bersua muka dengan saya. Kebetulan pusat pengajian mereka berhadapan surau tersebut.

Tak sampai hati saya nak kecewakan mereka walaupun jadual hari ini agak padat. Saya singgah sebentar menunaikan hajat mereka, menyampaikan tazkirah ringkas dan memberikan sumbangan kepada semua anak-anak ini.

Hati saya amat tersentuh melihat wajah mereka yang bersih, tersenyum gembira menerima sampul “duit raya” masing-masing.

“Terima kasih Ustaz Zul”, kata mereka. Belajar rajin-rajin, jadi insan yang berbakti kepada agama dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *