Temubual Al Ekhbariyya dan AlArabiya

Ditemubual dua media berpengaruh di Arab Saudi; Al Ekhbariyya dan AlArabiya sejurus selepas tamat bahagian pertama persidangan “Nilai-Nilai Sejagat Dalam Kalangan Penganut Agama” anjuran Rabitah al-‘Alam al-Islami.

Saya menegaskan peranan Islam dan Rabitah al-‘Alam al-Islami sebagai peneraju kepada usaha-usaha memupuk nilai sejagat antara agama. Setiap agama ada pelbagai perbezaan yang bersifat mendasar namun kita boleh bersatu dalam nilai-nilai universal seperti keamanan, menolak ekstremisme, dan perpaduan.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Al Saud, DYMM Putera Mahkota Muhammad bin Salman Al Saud dan Ketua Setiausaha Rabitah Al-‘Alam al-Islami, TYT Sheikh Dr. Mohammed Abdulkarim Al Issa atas usaha dan penganjuran forum yang berprestij ini.

#CommonValuesForumRiyadh

#ملتقى_القيم_المشتركة_بالرياض

Leave a Reply

Your email address will not be published.