Temuramah Stesen Radio Al-Qur’an Al-Karim

Petang 4 April 2022 ini saya ditemuramah stesen radio al-Qur’an al-Karim yang berpengkalan di Nablus, Palestin berkenaan sambutan Ramadan di Malaysia. Dalam slot Madarat (مدارات), saya berkongsikan tentang keindahan Ramadan yang disambutkan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Dari sudut ibadah, sudah pasti ia sama di seluruh dunia. Apa yang menarik untuk dikongsikan adalah dari sudut adat seperti budaya bertukar-tukar juadah, moreh, ketukan beduk dan tembakan meriam di Bukit Apil sebagai tanda masuknya waktu berbuka puasa, bazar Ramadhan dan lain-lain.

Saya sampaikan kepada DJ radio bahawa rakyat Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudara mereka di Palestin . Hati dan jiwa kami sentiasa dekat dengan perjuangan rakyat Palestin.

Selamat Menyambut Ramadhan buat rakyat Palestin di Malaysia dan juga tanah air mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.