Tinjauan Gerak Kerja Sukarelawan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM Dalam Pembersihan Kesan Banjir

Saya diiringi Mejar Rozaimi Kamaruddin meninjau gerak kerja Sukarelawan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM membersihkan rumah-rumah staf USIM yang ditenggelami banjir.

Sukarelawan USIM dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Sepang, Dengkil dan Hilu Langat. Kami melawat 4 buah rumah staf USIM dan sebuah tadika berhampiran di Taman Intan Baiduri, Taman Salak Lestari dan Taman Indah Puteri, Salak Tinggi.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua Sukarelawan USIM yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah. Insya-Allah awal Januari 2022, saya akan adakan kenduri kesyukuran meraikan semua sukarelawan ini.

Semoga semua mangsa banjir bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Bantuan daripada USIM akan disalurkan secepat mungkin bagi meringankan beban anda, insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *