Tinjauan Proses Penyediaan Juadah Berbuka Puasa

Alhamdulillah, 200 kilogram ikan temenung segar daripada Kedah sampai pagi ini dan sedang diproses untuk dihidangkan malam ini.

Sebentar tadi saya singgah ke Pusat Islam USIM, meninjau proses penyediaan juadah berbuka puasa malam ini untuk 1,200 orang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia – USIM, serta penduduk sekitar. Kos keseluruhan untuk malam ini adalah RM12,000.

Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Ahli Dewan Negara, Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dan Surau Al-Makrifah ini berlangsung setiap hari untuk 350 orang di Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah, Anggerik Court (dengan giliran) dan Surau Al-Makrifah. Cuma malam ini lebih istimewa, untuk 1,200 orang.

Pasukan memasak saya mempelbagaikan menu setiap malam dan pastinya dihidangkan dengan Nasi Putih Beras Basmathi. Saya faham tak selalu mereka dapat rasa keenakan beras Basmathi. Tetapi khas untuk Ramadan, saya usahakan untuk meraikan mereka. Malam ini anak-anak mahasiswa dan mahasiswi akan dihidangkan Ikan Goreng dan Ayam Masak Lemak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.