Ziarah Puan Yamamah Al-Khin, Suami dan Anak-Anak

Selepas Pengajian Tasawwuf Bulanan di Madrasah As-Saidiyyah, saya menerima ziarah Puan Yamamah al-Khin, suami dan anak-anak mereka.

Puan Yamamah al-Khin adalah anak kepada guru kami yang dikasihi, almarhum Syeikh Dr. Mustafa Sa’id al-Khin yang juga merupakan penyelia tesis Sarjana saya ketika di bumi Syam.

Setiap kali berbual dengan beliau, ingatan saya berputar kembali saat mengayuh basikal ke rumahnya, bersimpuh di hadapan ayahnya, mencatat mutiara-mutiara ilmu fiqh dan usul fiqh daripada sambil Syeikh menyemak penulisan tesis saya.

Syeikh pernah bertanya kepada saya tentang Malaysia namun ditakdirkan, belum ada peluang beliau ke sini sebaliknya anak cucunya kini menetap di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *